CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 13, 2010

PROFIL KAMPUNG PAYA LANG ..

Nama kampung:) Kampung Paya Lang 1,2 dan 3
Ketagori Ketua Kampung:) Pengerusi
Ketua Kampung:) En.Sulaiman bin Badron
Parlimen:) Segamat
Ahli Parlimen :) Dato S.Subramaniam
Dun:) Buluh Kasap
Ahli Dun:) Datuk Hj Osman Bin Jais
Pegawai Daerah:) Tuan Haji Borhan Bin Amin
Penghulu Mukim:)En. Ahmad Zaidi Bin Sajidan
Agensi:) Pejabat Daerah
Negeri:) Johor
Daerah:) Segamat
Mukim:) Buluh Kasap
JKKK:) Buluh Kasap 8

Ketua Kampung bersama keluarga tercinta


Dengan bantuan dan sokongan isteri serta keluarga,ketua kampung kami dapat melaksanakan tanggungjawabnya dan telah memajukan kampung dari segi ekonomi,taraf hidup penduduk serta menaik taraf kemudahan awam seperti jalan-jalan raya,jambatan,lampu jalan,peparitan,kemudahan bekalan elektrik dan air penduduk kampung 100%.

Inilah Kampung Paya Lang




Kisah Kampung Paya Lang

Dari generasi peneroka awal kampung paya lang.Ianya telah dibuka oleh Tok Ngah serta keluarga yang mana tapak penempatan awal masih didiami oleh jenerasinya sehingga kini.
Nama kampung Paya Lang telah diambil sempena keadaan kawasan yang berpaya dan luas, kawasan yang luas ini dipenuhi dengan unggas terutamanya burung helang, selain dari unggas terdapat ikan yang terlalu banyak.
oleh kerana kemeriahan burung helang mencari makan dikawasan paya tersebut, maka kawasan tersebut diberi nama Paya Lang sehingga kini.
Kawasan paya tersebut juga telah dijadikan kawasan penanaman padi oleh pekerja Estate dan orang cina.Kesan - kesan tapak penumbuk padi atau lubang alu yang dibuat dari batu masih ada sehingga kini.
Kawasan paya yang mulai kering akibat sistem peparitan yang sempurna, mulai diterokai oleh pekerja ladang yang berhampiran kawasan ini hingga menjadi perkampungan.
Semakin hari telah ramai penduduk menerokai kawasan ini, maka mereka bersetuju memisahkan atau membahagikan kawasan kampung kepada kampung Paya Lang 1,dan Kampung Paya Lang 2 yang diketuai oleh ketua kampung.
Sementara Kampung Paya Lang 3 adalah kawasan pertanian yang ditawarkan oleh pejabat Tanah kepada penduduk tempatan.
Walaupun kini Kampung paya lang tidak berpaya lagi, namun bencana banjir tetap masih berlaku, tetapi fenomena ini telah menjadi identiti Kampung Paya Lang.


Serba - Serbi mengenai Kampung Paya Lang

Kampung Paya Lang terdiri daripada penduduknya yang bersatu padu dan bekerjasama serta saling bantu membantu. kampung kami mempunyai lebih kurang 900 orang, anggaran lelaki lebih kurang 400 orang dan wanita 500 orang. Kampung kami juga mempunyai 170 buah keluarga. Penduduk kampung kami terdiri daripada Pelbagai kaum. Kaum melayu lebih kurang 80% bagi kaum cina 10% dan kaum india pula 10%...

Pendidikan

:) Peringkat TABIKA-Di Kampung Paya Lang terdapat sebuah TABIKA KEMAS yang terletak di Balai Raya Kampung Paya Lang bagi mendidik kanak - kanak yang berusia bawah 6 tahun.
:) Peringkat Rendah-Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Kenangan Batu Anam
:) Peringkat Menengah-80 % Anak - anak penduduk kampung Paya Lang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Arshad,10 % lagi bersekolah di Sekolah Menengah Sri Kenangan dan 10 % berikutnya bersekolah di Sekolah Tinggi Segamat.
:) Peringkat Tinggi-Terdapat juga anak - anak kampung ini yang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi seperti di IPTA, IPTS, Kolej dan ada juga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kesihatan

:) Penduduk Kampung ini mendapat rawatan kesihatan di Pusat Kesihatan Kecil Batu Anam dan apabila didapati masalah kesihatannya bertambah serius akan dirujuk ke Hospital Segamat.

Ekonomi

:) Bekerja dengan kerajaan sebanyak 5 %
:) Perkilangan swasta pula sebanyak 15 %
:) Petani @ Pekebun sebanyak 60 %
:) IKS seperti projek Tauhu, Tempe, dan makanan ringan
:) Penternakan seperti kambing, lembu, ayam kampung dan ayam daging.
:) Tanah pertanian terletak di Kampung Paya Lang 3

Penempatan

:) Menduduki tanah sendiri
:) Keadaan rumah -Rumah batu
-Separuh batu
-Kayu
:) Menggunakan kemudahan tandas pam dan curah



















aktiviti-aktiviti kampung..


Banyak aktiviti yang ada di kampung kami.Kampung kami juga mempunyai pasukan sepak takraw,bola jaring dan silat.

Selain itu, Kampung kami juga mempunyai persatuan kompang, persatuan beridang, kumpulan nasyid, persatuan Yassin wanita dan lelaki.Kampung kami juga mengadakan Yassin lelaki pada setiap malam jumaat dan Yassin wanita pada hari jumaat. Kampung Kami juga mengadakan latihan mengaji yang diadakan pada setiap hari selasa dan rabu (petang) serta berzanji pada hari khamis. Kami juga akan bergotong - royong jika ada sesuatu majlis atau keraian di kampung kami serta kadang kala kami akan bergotong - royong membersihkan kawasan kampung sepeti mengemas balai raya,surau dan membersihkan kawasan di sekitarnya.

Wednesday, May 12, 2010

Telur Ayam Ganjil


Seekor ibu ayam Pn.Manisah telah menghasilkan telur yang lain daripada yang lain.Telur ayam ini lebih besar berbanding telur ayam yang biasa.

Projek Ternak Ayam


Projek ini telah diusahakan oleh Pn.Manisah Bte Kling..

Projek Makanan Ringan (kerepek)


Projek ini diusahakan oleh Pn.Salmi bte Yatim.Hasil makanan ringan ini di pasarkan di kedai-kedai yang berada di seluruh segamat.

Projek Tempe


Projek ini diusahakan oleh Pn.Rosmah bte Nasir.Pasaran tempe ini di pasarkan di pasar-pasar yang add di kawasan Segamat.

SURAU KAMPUNG PAYA LANG..

Kampung Paya Lang terdiri daripada dua buah surau yang terletak di Kampung Paya Lang 1 dan 2.
Imam surau Kampung Paya Lang 1 :) Tuan Haji Abu Bin Makruf.
Imam surau Kampung Paya Lang 2 :) Tuan Haji Ahmad Bin Kemin
Antara aktiviti keagamaan yang dijalankan di surau tersebut ialah Sambutan Awal Muharam, Maal Hijrah, Nisfu Syaaban, Solat Sunat Tarawih, Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan, Sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain. Surau tersebut itu juga digunakan oleh penduduk Buluh Kasap 8 bagi menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha. Penduduk Kampung Buluh Kasap 8 menunaikan solat jumaat di Masjid Syed Alwi :)

Acara Marhaban


Marhaban ini bertujuan untuk berselawat keatas Nabi Muhammad S,A.W.Acara ini diketuai oleh Pn.Hjh Saemah dan diikuti oleh persatuan Yassin kampung paya lang.

Penceramah Jemputan

Kami telah menjemput Ustaz Razzi untuk memberi ceramah berkaitan kisah Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis Maulidur Rasul


Atas kerjasama semua penduduk kampung,majlis ini berlangsung dengan meriahnya.Majlis tersebut dihadiri oleh Yb Datuk Osman bin Jais Penghulu-penghulu mukim,Ketua- ketua kampung dan Penduduk kampung Paya lang 1,2 dan 3.


PROGRAM MESRA RAKYAT GDW KAMPUNG PAYA LANG ..



baru-baru ini kampung kami telah mengadakan Program Mesra Rakyat GDW..
Program ini berjalan dengan lancar serta jayanya di atas bantuan dan sokongan penduduk penduduk kampung kami.

Pertandingan Pakaian Cantik

Pertandingan Pakaian Kemas..

Pertandingan Karaoke..

Pertandingan Sajak...


(-: Kami adalah penulis blog ini :-)


Nor faramasaida : Syazwani