Dari generasi peneroka awal kampung paya lang.Ianya telah dibuka oleh Tok Ngah serta keluarga yang mana tapak penempatan awal masih didiami oleh jenerasinya sehingga kini.
Nama kampung Paya Lang telah diambil sempena keadaan kawasan yang berpaya dan luas, kawasan yang luas ini dipenuhi dengan unggas terutamanya burung helang, selain dari unggas terdapat ikan yang terlalu banyak.
oleh kerana kemeriahan burung helang mencari makan dikawasan paya tersebut, maka kawasan tersebut diberi nama Paya Lang sehingga kini.
Kawasan paya tersebut juga telah dijadikan kawasan penanaman padi oleh pekerja Estate dan orang cina.Kesan - kesan tapak penumbuk padi atau lubang alu yang dibuat dari batu masih ada sehingga kini.
Kawasan paya yang mulai kering akibat sistem peparitan yang sempurna, mulai diterokai oleh pekerja ladang yang berhampiran kawasan ini hingga menjadi perkampungan.
Semakin hari telah ramai penduduk menerokai kawasan ini, maka mereka bersetuju memisahkan atau membahagikan kawasan kampung kepada kampung Paya Lang 1,dan Kampung Paya Lang 2 yang diketuai oleh ketua kampung.
Sementara Kampung Paya Lang 3 adalah kawasan pertanian yang ditawarkan oleh pejabat Tanah kepada penduduk tempatan.
Walaupun kini Kampung paya lang tidak berpaya lagi, namun bencana banjir tetap masih berlaku, tetapi fenomena ini telah menjadi identiti Kampung Paya Lang.
Kampung Paya Lang terdiri daripada penduduknya yang bersatu padu dan bekerjasama serta saling bantu membantu. kampung kami mempunyai lebih kurang 900 orang, anggaran lelaki lebih kurang 400 orang dan wanita 500 orang. Kampung kami juga mempunyai 170 buah keluarga. Penduduk kampung kami terdiri daripada Pelbagai kaum. Kaum melayu lebih kurang 80% bagi kaum cina 10% dan kaum india pula 10%...
Pendidikan
:) Peringkat TABIKA-Di Kampung Paya Lang terdapat sebuah TABIKA KEMAS yang terletak di Balai Raya Kampung Paya Lang bagi mendidik kanak - kanak yang berusia bawah 6 tahun.
:) Peringkat Rendah-Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Kenangan Batu Anam
:) Peringkat Menengah-80 % Anak - anak penduduk kampung Paya Lang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Arshad,10 % lagi bersekolah di Sekolah Menengah Sri Kenangan dan 10 % berikutnya bersekolah di Sekolah Tinggi Segamat.
:) Peringkat Tinggi-Terdapat juga anak - anak kampung ini yang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi seperti di IPTA, IPTS, Kolej dan ada juga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kesihatan
:) Penduduk Kampung ini mendapat rawatan kesihatan di Pusat Kesihatan Kecil Batu Anam dan apabila didapati masalah kesihatannya bertambah serius akan dirujuk ke Hospital Segamat.
Ekonomi
:) Bekerja dengan kerajaan sebanyak 5 %
:) Perkilangan swasta pula sebanyak 15 %
:) Petani @ Pekebun sebanyak 60 %
:) IKS seperti projek Tauhu, Tempe, dan makanan ringan
:) Penternakan seperti kambing, lembu, ayam kampung dan ayam daging.
:) Tanah pertanian terletak di Kampung Paya Lang 3
Penempatan
:) Menduduki tanah sendiri
:) Keadaan rumah -Rumah batu
-Separuh batu
-Kayu
:) Menggunakan kemudahan tandas pam dan curah
0 comments:
Post a Comment